Laman UtamaInformasiBacaan UmumApa khasiat buah malberi
"Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Terima Kasih Atas Sokongan Anda"

Apa khasiat buah malberi

  • PDF
  • Cetak
  • E-mel

 

Apa khasiat buah malberi ni?

 

Kat rumah saya ada beberapa pasu pokok malberi ni.  Benihnya dapat dari Kak Sal. Memang pokok ni rajin berbuah.  Selepas satu musim berbuah, kita hendaklah cantas dahan-dahannya.  Seminggu selepas tu, ia akan mula mengeluarkan pucuk baru sekali dengan putik-putik buahnya.  Tapi pokok ni ada musuhnya, kalau kat rumah saya, ada kupu-kupu putih sering menyerang daun-daun dan buah-buah malberi ni.


Pokok Malberi atau nama saintifiknya Morus Alba.  Buah malberi mengandungi asid sitrik, gula dan vitamin C.  Daun malberi pula mengandungi adenin, amllas, asid suksinik, karotena dan kolin.  Biji malberi mengandungi ureas.  Kulit akar pokok malberi mengandungi beta-amirin, minyak meruap, resinotanol dan sitosterol.


Secara tradisionalnya, buah malberi digunakan sebagai agen ubatan yang memberi khasiat kepada yin dan darah, memberi kebaikan kepada buah pinggang, merawat lemah, keletihan, anemia dan masalah rambut beruban.

Buah malberi ini juga berguna untuk melancarkan pembuangan air kencing, sembelit dan masalah pening kepala.


Selain itu, buah malberi boleh merangsang penghasilan cecair badan dan berguna untuk mereka yang mengalami kekurangan cecair, mulut kering dan lidah terasa panas.  Mereka yang mengalami masalah mata kering akibat keletihan mata juga boleh mengambil jus malberi ini bagi menambah cecair dan menguatkan penglihatan.


Dikatakan dengan memakan buah malberi ini mampu menyembuhkan saluran pencernaan, merangsang rembesan cecair gastrik, menguatkan kebolehan bagi mencerna dan menyerap, memperbaiki selera makan dan membuang kembung perut.  Sesiapa yang mengalami simptom seperti anemia, kepucatan, rasa pening, sukar tidur dan jantung berdebar-debar, boleh mengambil jus malberi ini.  Sekiranya kebas-kebas tangan dan kaki, boleh meminum air rebusan daun malberi.  Air rebusan juga boleh dijadikan air mencuci mata yang merah dan bengkak.


Air rebusan daun atau kulit pokok atau ranting pokok berguna untuk membersihkan tubuh badan, merangsang peluh, asma, batuk, menyingkirkan kahak, mengurangkan tekanan darah tingggi, demam panas dan selsema. Daun yang telah dipanaskan dan disapu minyak boleh dijadikan ubat tampal pada luka, manakala daun yang telah ditumbuk boleh ditampal pada bekas gigitan serangga.


Walaupun terdapat banyak khasiat pokok ini, kita perlulah mendapatkan  nasihat dari pengamal perubatan untuk mengelakkan kemudaratan.

 

(sumber : mulberrymalaysia.blogspot.com)

 

 

Buku Autocad


AutoCAD 2D
Buku Untuk Dijual. Step-by-step approach. Jika berminat, sila hubungi 0197315717
AutoCAD 3D
Lagi buku autoCAD untuk dijual! Jika berminat, sila hubungi 0197315717

Tahukan Anda ?