Laman UtamaInformasiBacaan UmumManfaat Membaca
"Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Terima Kasih Atas Sokongan Anda"

Manfaat Membaca

  • PDF
  • Cetak
  • E-mel

 

Manfaat Membaca dan Mengkaji Sebuah Buku

-  Menghilangkan perasaan was-was, gelisah dan sedih

-  Menjauhkan seseorang daripada berbuat kejahatan

-  Dapat menyibukkan diri seseorang daripada kegiatan tidak berfaedah

-  Memperbaiki dan melatih ucapan seseorang, menjauhkannya daripada kesalahan berbicara dan menghiasinya dengan    kata-kata yang indah ketika berbicara dengan orang lain

-  Mengembangkan akal, meningkatkan pemikiran dan menjernihkan hati

-  Memperolehi ilmu yang berlimpah serta berbagai-bagai pemahaman daripada satu masalah

-  Memperolehi manfaat dan percubaan yang dilakukan oleh orang lain dan kesimpulan para ulama

-  Membentuk kemampuan untuk memecahkan suatu ilmu yang masih menjadi perkara misteri

-  Menelaah kebudayaan-kebudayaan yang berpengaruh terhadap kehidupan manusia

-  Menambahkan keimanan, terutama ketika membaca buku-buku berkaitan Islam

-  Menyelamatkan fikiran manusia, menyelamatkan hati daripada kehancuran dan menyelamatkan masa daripada

kesia- siaan

-  Menetapkan suatu kalimat yang diambil, dipakai, membentuknya, mengetahui maksud suatu ibarat dan dapat

mengetahui rahsia-rahsia hikmah yang terkandung di dalam suatu bacaan

 

Contoh Tokoh Ilmuwan Islam

*  Ibn Khaldun yang membawa panji-panji ilmu sejarah, sains sosial dan pembangunan kepada manusia

*  Abu Zakaria al-Razi yang membawa panji-panji ilmu kedoktoran kepada manusia

*  Ibn Sina yang membawa panji-panji ilmu falsafah dan kedoktoran kepada manusia

*  Syarif Idrisi yang menyumbangkan panji-panji ilmu geografi

*  Abu Bakar al-Khawarizmi yang membawa panji-panji ilmu falaq dan matematik

*  Ali bin Haitham yang membawa panji-panji ilmu sains tabi'i dan optik

*  Abu Qasim Zakhrawi yang memartabatkan panji-panji ilmu pembedahan

*  Abu Zakaria 'Awwam yang memuncakkan panji-panji ilmu tumbuh-tumbuhan

*  Abu Bana' yang membawa panji-panji ilmu hisab

*  Abu Raihan al-Bairuni yang membawa panji-panji ilmu sejarah klasik dan kesan-kesannya

*  Imam al-Ghazali yang menjulang panji-panji ilmu kritikan, pendidikan dan menyelesaikan kerosakan jiwa

*  Imam Malik, Abu Hanifah, Syafi'i dan Ahmad bin Hanbal yang mempelopori panji-panji keutamaan fiqh dan undang-       undang

Rujukan : Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri

 

 

Buku Autocad


AutoCAD 2D
Buku Untuk Dijual. Step-by-step approach. Jika berminat, sila hubungi 0197315717
AutoCAD 3D
Lagi buku autoCAD untuk dijual! Jika berminat, sila hubungi 0197315717

Tahukan Anda ?